
Cerita&Co merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh Khairul Jamain, seorang backpacker dan youtuber yang telah mengembara ke Asia Timur dan Asia Tenggara. Dengan membawa semangat anak muda, beliau menubuhkan syarikat Cerita&Co bagi menaikkan komuniti pengembara muda di Malaysia.
Ditubuhkan di bawah nama Cerita&Co (Co: Community), fokus utama dalam perniagaan adalah untuk menawarkan servis penganjuran acara, mengeluarkan produk outdoor jenama sendiri dan servis media digital yang seterusnya berkembang kepada komuniti Cerita&Co.
Seiring dengan slogan “Gaya Hidup Adventurer”; Cerita&Co bersemangat untuk mewujudkan komuniti yang menghimpunkan golongan muda dari pelbagai latar belakang melalui penganjuran acara serta menghasilkan produk sukan yang berkualiti, boleh dipercayai dan tahan lama yang membawa identity Cerita&Co.
Our Team

KHAIRUL JAMAIN

Sheera

HANIF

AAJA YUSOFF

Aliff

Azwa zuliza

Izzull ariff
What We Offer

Membina komuniti outdoor dan travel anak muda di Malaysia

Mempromosi lokasi menarik melalui video digital

Menjanjikan pengalaman mengembara untuk dibawa pulang

Mengadakan acara Bersama komuniti