Lumba Lari Undeground

Lumba Lari Underground 1.0

Pada 26 Januari 2023, satu acara larian telah berjaya diadakan oleh Cerita&Co. Acara ini telah berlangsung di Bandar Baru Bangi (Bangi Sentral). Acara yang diberi nama Lumba Lari Underground adalah satu acara berbentuk komuniti yang bermatlamat mengumpulkan peminat sukan larian untuk sama-sama mencuba cabaran larian pecut 100meter. Berkonsepkan underground dan semangat anak muda; justeru acara ini akan membawa satu kelainan dan menarik komuniti setempat.

Untuk siri pertama, acara ini telah disokong oleh beberapa jenama pakaian sukan dan minuman tempatan iaitu Traveout, Boombeverage, Voltra.pro, Versussika_merch & Dubook Press.

 Berinspirasikan larian pecut yang sedang menjadi trend di Tawau, acara ini telah berjaya menarik minat lebih dari 30 orang peserta lelaki dan perempuan. Hashtag Sol Lari Sol yang diguna pakai lebih memeriahkan acara ini. Cabaran Lumba Lari Underground dikira berdasarkan larian pecut paling pantas yang sampai ke finishing line. Pemenang yang berjaya telah membawa pulang medal, jersi custom ekslusif, topi, stokin & pelbagai merchandise daripada Cerita & Co!

Siri Lumba Lari Underground akan diteruskan ke lokasi lain yang akan diumumkan kelak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *