Camping at The Park (CATP)

Camping at The Park (CATP) adalah satu festival gaya hidup komuniti yang mengumpulkan peminat-peminat aktiviti perkhemahan, kolaborasi muzikal bersama komuniti perkhemahan, pelancongan, sukan lasak, seni dan budaya dari seluruh Malaysia untuk sama-sama mencuba pelbagai aktiviti lasak dan merasai pengalaman perkhemahan. CATP menjadi medium pembelajaran secara kreatif melalui kerjasama dalam kalangan pelbagai komuniti di Malaysia. Dengan memanfaatkan persekitaran alam semula jadi untuk menyumbang kepada pertumbuhan fizikal, mental, rohani dan sosial.

Berkonsepkan santai, minimalis dan semangat anak muda justeru festival ini akan membawa satu kelainan dan pengalaman baru kepada pengunjung. Festival ini akan mengumpulkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang seluruh Malaysia untuk berkhemah selama 2 hari 1 malam dan memberi nafas baru penganjuran festival berkonsepkan perkhemahan di Malaysia.

Pengisian festival berbentuk aktiviti eko-pelancongan, perkhemahan, sukan ekstrem, kesenian dan kebudayaan. Festival ini turut melibatkan penyertaan masyarakat setempat dan pengusaha pelancongan tempatan untuk turut serta dalam acara ini dari segi penyediaan tempat penginapan, makanan, minuman, kraftangan, aktiviti dan sebagainya. Festival ini merupakan inisiatif dari Cerita & Co dan Gunung Hub untuk membantu pengusaha industri pelancongan di Malaysia khususnya pengusaha pelancongan, perkhemahan, sukan lasak dan seni kebudayaan di Malaysia.

CATP edisi pertama telah berlangsung di Glow Glamping Park, Putrajaya pada 23 April 2022 telah mencapai sasaran kehadiran pengunjung sekitar 500 orang. Dengan gabungan 4 elemen seperti eko-pelancongan, perkhemahan, muzik, sukan lasak dan seni budaya dapat menarik pengunjung menghadiri dan memeriahkan festival ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *