Frequently Asked Questions (Trip)

Kenapa saya memerlukan ejen pelancongan?

Ejen pelancongan yang baik ialah pihak yang mengetahui selok belok berkaitan dengan perancangan dan tempahan perjalanan. Mereka boleh memberi nasihat tentang tempat yang perlu dilawati, serta jumlah yang perlu anda belanjakan dan berapa lama untuk berbelanja di sana.

Kebanyakan orang hanya mempunyai masa yang terhad. Oleh itu, ejen pelancongan diperlukan untuk merancang jadual perjalanan.

Kenapa saya patut menempah perjalanan (trip) dengan Cerita&Co?

Cerita&Co dikendalikan oleh ejen local yang berpengalaman. kami bukan sahaja ejen pelancongan– tetapi Cerita&Co sendiri adalah pengembara yang passionate dan kami sedang dalam misi untuk membantu orang lain untuk turut mengembara.

Saya ingin menukar nama dalam system booking. Macamana saya perlu lakukan?

Anda boleh whatsapp pada Nina +6012-6079424 untuk sebarang pertukaran nama.

Saya ingin menukar tarikh percutian. Bagaimana saya perlu lakukan?

Anda boleh whatsapp pada Nina +6012-6079424 untuk sebarang pertukaran tarikh. Setiap pertukaran tarikh hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu diberitahu tiga minggu dari tarikh percutian asal.

Adakah cas dikenakan sekiranya saya ingin mendapatkan sebut harga (quotation)?

Tidak! Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk mendapatkan quote dari Cerita&Co. Anda hanya perlu menghubungi Nina +6012-6079424 untuk mendapatkan maklumat. Kami berharap dapat membantu anda merancang percutian yang sempurna!

Siapakah yang sesuai untuk menyertai trip bersama Cerita&Co?

Semua orang di setiap peringkat usia sesuai untuk menyertai trip kami. Kami sangat berpengetahuan tentang lokasi yang kami sediakan, jadi anda boleh yakin bahawa anda berada di tangan yang baik apabila anda menempah lawatan dengan kami. Perkhidmatan kami tersedia dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, jadi anda boleh menghubungi kami dengan mudah dan bertanya sebarang soalan tentang tawaran kami.

Adakah anda menerima tempahan secara berkumpulan sahaja?

Tidak! Kami juga menerima tempahan secara individu. Anda hanya perlu memilih tarikh percutian yang kami sediakan dan bersedia untuk bertemu kawan baru!

Adakah anda menerima tempahan trip peribadi (private trip)?

Ya! Kami menerima tempahan percutian peribadi dengan minimum peserta 7 orang bagi satu tarikh yang dipilih.

Bilakah saya boleh menempah percutian dengan Cerita&Co?

Anda boleh menempah perjalanan anda dengan kami pada bila-bila masa. Kami sedia membantu anda merancang percutian anda yang seterusnya, dan kami menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk tempahan penerbangan dan hotel, lawatan dan aktiviti, dan banyak lagi (mengikut pakej yang kami sediakan). Jadi sama ada anda merancang percutian saat akhir atau percutian yang ditunggu-tunggu, kami boleh membantu anda merealisasikannya.

Saya tidak available pada tarikh yang disediakan. Bolehkan saya memilih tarikh selain dari tarikh yang dibuka?

Boleh! Anda dibenarkan untuk memilih tarikh lain bergantung pada bilangan peserta yang ada pada tarikh yang dipilih. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Nina +6012-6079424

Bolehkah saya ingin menukar tempat penginapan dan tentatif yang pakej sediakan.

Untuk sebarang pertukaran tempat penginapan dan tentatif adalah bergantung pada trip peribadi (private trip) yang anda sertai.